Pelepasan Cukai SSPN 2025: Panduan Lengkap & Cara Claim RM8000

Adakah anda ingin memaksimumkan penolakan cukai pendapatan bagi tahun taksiran ini? Salah satu instrumen paling berbaloi untuk dimanfaatkan ialah Pelepasan Cukai SSPN. Dengan had pelepasan sehingga RM8,000, ia bukan sahaja menjamin masa depan pendidikan anak, malah mengurangkan bayaran cukai anda kepada LHDN.

Musim menguruskan cukai pendapatan sering kali menjadi waktu yang “pening kepala” bagi ramai ibu bapa. Namun, bagi anda yang prihatin tentang tabungan pendidikan anak-anak, ada berita gembira yang baru sahaja diumumkan berdasarkan kemaskini terbaru daripada PTPTN dan Belanjawan 2025.

Jika anda merujuk kepada PTPTN mengenai Pelepasan Taksiran Cukai, terdapat beberapa poin penting yang wajib anda tahu untuk memaksimumkan penjimatan cukai anda tahun ini dan tahun-tahun mendatang.

Jom kita bedah siasat apa yang menarik!

  1. Pelepasan Cukai SSPN Dilanjutkan (Sehingga 2027!)

Ini adalah berita yang paling dinantikan. Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan insentif pelepasan cukai pendapatan ke atas simpanan bersih dalam Simpan SSPN (Simpan SSPN Prime & Simpan SSPN Plus).

  • Tempoh Lanjutan: Mulai Tahun Taksiran 2025 hingga 2027.
  • Jumlah Pelepasan: Sehingga RM8,000 setahun untuk 1 keluarga.
  • Siapa Layak: Ibu bapa (termasuk penjaga yang sah) yang menyimpan untuk anak-anak.

Tips JomDidik: RM8,000 ini adalah pelepasan “atas talian” yang sangat berbaloi. Jika anda berada dalam braket cukai 21%, simpanan bersih RM8,000 boleh memberikan penjimatan cukai tunai sebanyak RM1,680!

  1. Apa Maksud “Simpanan Bersih”?

Ramai yang terkeliru di sini. Syarat utama pelepasan cukai adalah berdasarkan Simpanan Bersih Tahun Semasa.

Formulanya mudah:

Contoh:

  • Anda deposit RM10,000 pada tahun 2025.
  • Anda keluarkan RM3,000 untuk beli basikal anak pada tahun yang sama.
  • Simpanan bersih anda ialah RM7,000 (Layak tuntut RM7,000 sahaja).
  1. Pembaharuan Penting 2025: Pengeluaran Yuran Pengajian Tidak “Potong” Pelepasan!

Ini adalah satu perubahan polisi yang sangat positif bermula Tahun Taksiran 2025.

Sebelum ini, sebarang pengeluaran akan mengurangkan jumlah simpanan bersih. Namun, berdasarkan info terkini, pengeluaran yang dibuat bertujuan untuk membiayai yuran pengajian anak (pendidikan tinggi) TIDAK akan diambil kira sebagai pengeluaran yang menjejaskan simpanan bersih.

Ini bermakna, jika anda masukkan RM8,000 tahun ini, kemudian anda keluarkan RM4,000 untuk bayar yuran semester universiti anak, di mata LHDN, simpanan bersih anda kekal dikira sebagai RM8,000 (syarat: simpan resit bayaran yuran untuk audit). Ini satu kemenangan besar untuk ibu bapa!

  1. Taksiran Berasingan vs Bersama

Ramai ibu bapa yang mungkin terlepas pandang syarat penting ini. Berdasarkan panduan rasmi PTPTN (seperti dalam gambar rajah di atas), terdapat had tuntutan walaupun anda dan pasangan memilih Taksiran Berasingan.

Jika anda (Bapa) dan pasangan (Ibu) membuka akaun Simpan SSPN untuk anak yang sama:

  1. Had Maksimum Tetap RM8,000: Kelayakan pelepasan cukai adalah terhad kepada maksimum RM8,000 setahun bagi satu keluaga.
  2. Strategi: Anda perlu berbincang suami isteri, siapa yang mempunyai pendapatan bercukai lebih tinggi (atau tax bracket lebih tinggi), sebaiknya individu itulah yang membuat simpanan dan menuntut pelepasan RM8,000 tersebut untuk penjimatan cukai yang lebih optimum.
  1. Jangan Keliru: Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Tiada Pelepasan Cukai

Satu lagi soalan popular yang sering kami terima di jomdidik.my: “Kalau saya bayar hutang PTPTN saya, boleh dapat pelepasan cukai tak?”

Jawapannya: TIDAK.

Pelepasan cukai RM8,000 ini KHAS untuk penabung (pendeposit) SSPN sahaja, bukan untuk peminjam yang membayar balik hutang.

  • Untuk Peminjam: Walaupun tiada pelepasan cukai direct, PTPTN sering mengadakan kempen cabutan bertuah (seperti kempen myPTPTN Anytime, Anywhere) atau diskaun bayaran balik (tertakluk kepada pengumuman Bajet semasa). Sentiasa semak portal rasmi untuk promosi terkini.
  •  
  • Pelepasan Yuran (Self-Education): Jika anda menyambung belajar dan membayar yuran sendiri (walaupun guna pinjaman), anda mungkin layak menuntut pelepasan di bawah kategori “Yuran Pengajian Diri Sendiri” (sehingga RM7,000), tetapi ini berbeza dengan pelepasan SSPN.

 

Kesimpulan

Bagi tahun 2025, strategi kewangan terbaik untuk ibu bapa adalah memaksimumkan tabungan di SSPN. Selain dividen tahunan yang kompetitif dan perlindungan takaful (bagi SSPN Plus), pelepasan cukai RM8,000 adalah insentif yang “sayang” jika dilepaskan.

Bertindak sekarang! Jangan tunggu 31 Disember baru nak berebut. Klik tambah deposit dibawah.

Pelepasan Cukai SSPN: Manfaat dan Cara Menggunakan

Kalkulator Pelepasan Cukai SSPN

Bagaimana anda dapat manfaat berganda dengan SSPN Prime

Kira jumlah simpanan bersih anda untuk tahun semasa bagi menentukan kelayakan pelepasan cukai sehingga RM8,000.

*Akan didarab 12 (Setahun)

Jumlah pengeluaran (jika ada)

*Anggaran untuk kadar cukai