Soal Jawab

Membantu anda mudah untuk memahami proses pembukaan akaun.

Pendeposit bermula umur 16 keatas dan warganegara Malaysia.

Bermula sehari sehingga 29 tahun dan warganegara Malaysia

Mengikut bilangan anak. Jika ada 5 orang anak, pendeposit boleh membuka 1 akaun setiap anak.

Ya. Kami menyarankan anda membuat potongan secara automatik setiap bulan bagi mengelakkan tunggakan. 

Kaedah ditawarkan ialah: 

  • Potongan Gaji
  • Auto Debit
  • Direct Debit

Panduan Mudah Pembukaan Akaun

Saya bantu anda langkah demi langkap supaya anda dapat membuka akaun dengan baik. Anda boleh klik pada gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Langkah 1 - Log Masuk

  • Buka web myPTPTN >> KLIK DISINI
  • Masukkan ID Penguna dan Katalaluan. Anda juga boleh menggunakan MYDigital ID untuk akses.

Langkah 2 - Menu Pembukaan

  • Klik pada PERKHIDMATAN

Langkah 3 - Pembukaan

  • Klik pada Simpan SSPN
  • Klik pada Pembukaan Akaun Simpan SSPN Prime

Langkah 4 - Jenis Akaun

   Keterangan:

  1. Anak Kandung: Daftar untuk anak sendiri
  2. Anak Jagaan: Seperti anak angkat/tiri
  3. Diri Sendiri: Akaun untuk diri sendiri (jika belum ada anak)

Langkah 5 - Maklumat Anak/Penerima Manfaat

  • Sila masukkan No. Kad Pengenalan anak anda
  • Sila masukkan nama penuh anak anda.
  • Kemudian KLIK PENGESAHAN

Langkah 6 - Maklumat Waris

  • Sila masukkan nama waris
  • No. Kad Pengenalan waris
  • No talian untuk dihubungi.

Langkah 7 - Pembayaran

  • Sila masukkan amaun bayaran, mininum RM20 dan keatas.
  • Kod Rujukan: 000002008
  • Kod Promo: (kosongkan)
  • Kemudian KLIK SETERUSNYA

Langkah 8 - Bayaran Pembukaan

  • Minimum pembayaran adalah 2 bulan mengikut pakej bulanan anda pilih. Contoh Pakej Topas RM100 x 2 (Jumlah RM200).
  • Kod Rujukan: 000002008
  • Kod Promo: (kosongkan)
  • Kemudian KLIK SETERUSNYA

Penting: Pastikan anda memasukkan kod rujukan diatas untuk memudahkan semakan kami. Terima kasih.

Langkah 9 - Pengakuan

  • Sila baca pada maklumat pengakuan dan tick pada ruangan disediakan.
  • Kemudian KLIK SETERUSNYA

Langkah 10 - Pembayaran

  • Sila pilih bank pembayar menggunakan kaedah FPX Online Banking
  • Kemudian KLIK SAH & BAYAR

Langkah 11 - Resit Bayaran

  • Apabila pembayaran berjaya, akan dipaparkan resit rasmi pembayaran.
  • Sila simpan untuk rujukan akan datang.