Panduan Mudah Pendaftaran MY Digital ID

Saya bantu anda langkah demi langkap supaya anda dapat mendaftar dengan baik. Anda boleh klik pada gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

Langkah 1 - Muat turun

  • Muat turun aplikasi MyDigital ID. Klik dibawah mengikut peranti anda

store   store   store

Langkah 2 - Daftar

  • Klik pada DAFTAR ONLINE

Langkah 3 - Emel

  • Masukkan emel anda yang sah dan aktif.

Langkah 4 - OTP

  • Sila masukkan 6 digit nombor OTP yang dihantar melalui emel anda. Jika tiada dalam peti masuk, anda semak dalam folder JUNK atau SPAM

Langkah 5 -Maklumat Diri

  • Masukkan nama dan no kad pengenalan.

Langkah 6 - EKYC IC

  • Pastikan anda mengambil gambar kad pengenalan secara berhadapan bagi mengelakkan silau.

Langkah 7 - EKYC Wajah

  • Pastikan ciri-ciri swafoto wajah anda menyerupai gambar kad pengenalan anda.

Contoh: Jika dalam kad pengenalan tidak memakai cermin mata, anda perlu ikut seperti itu.

Langkah 8 - Kata Laluan

  • Pastikan panjang minimum 8 aksara

Langkah 9 - Selesai

  • Pendaftaran berjaya. 
Jika masih ada masalah untuk pendaftaran diatas

Sila hadir ke kaunter/kiosk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang terdekat untuk bantuan lanjut.